Monday, October 7, 2013

Part 1: My first day training

Assalamualaikum uolls.....=)

Last entry dah duk pung pang cite pasal beauty product, so this entry nak lebih santai. Nak cite my first day training Palapes @ Airforce after 2 years tak join. Sebabnya lepas gradute daripada Uitm Shah Alam dulu (2010), saya sambung ke UPM (2011-2013). Dan masa-masa weekend telah diisi dengan kuliah dan assignment. Kadang-kadang, jeles gak tengok kawan-kawan boleh hangout, pegi kenduri kawen, yang aku duk pulun gi klas ngaji. eh tak..study..hehehe..kadang-kadang tu lepas gak la keluar berjimba..oppss...Tu la namanya pengorbanan.

Kalau ikutkan sepanjang 3 tahun kat Uitm dulu, every weekend memang ada training. Ni kalau dah start cerita pasal palapes boleh jadi besok baru habis...huhuhu..Ok, dulu time kadet, bila jumpa je hari jumaat, orang lain duk happy sebab besok tu kan CUTI. Bole dah plan nak gi mana-mana kan. Tapi aku kalau part dah nak masuk je jumaat, otak ak dah diset. OHH NOOOO...sok training, means, aku kene BANGUN pukul 5 pagi dan siap-siap untuk PT (physical training), pastu kawad, kelas..PT lagi, kawad lagi, gulung lagi..hahaha..asal aku nak gelakkan?? tadi bunyi macam stress je..takde motip le tu..=p

PT pagi dah tamat..cooling down dah. Yang sorang duk peace macam comel tu Naqiah, batch aku. Time ni kitorang dah YO (young officer). Saja datang melawat kadet baru..=)

Dan hari-hari minggu begini lah hidup bila dah start join palapes ni. Bila abis exam setiap tahun kene plak join Annnual Camp. Yang ni kira combine dengan universiti lain yang ada airforce. contoh, UUM, USM, UMS. Bila part masuk hutan..yang tak akan aku lupa sampai bila-bila adalah terkene infection kat kaki sampai bengkak wo..tak boleh jalan. Tu la antara pengalaman tak boleh lupa. Tak masuk cite lagi tak mandi, kene rendam, gulung...eh gulung lagi?? huhu..Dan macam-macam la wa cakap sama lu. Tapi ni la pengalaman yang tak boleh jual beli. Sampai kalau kawan-kawan tengok aku sekarang tak caya. hahaha...badan den kocik memang la..bak kata senior aku dulu ada 7 keajaiban kat dunia ni. Tapi ada yang ke 8. aku tanya apa? Dia jawab ko la, badan kecik bawak beg besar...tu bukan beg sek ye beg pack berisi pasir. perghh sakit bahu tak payah cakap..kalau nak gi kelas sok nye, aku pegang kat tangan je beg tu...huhuhu..kental tak..=)

 ha..yang ni kat hutan..tak banyak la pic kat hutan...sob..sob..


yang ni macam biasala..kene denda..itu da jadi lumrah..rasa-rasa korang tu apa..eee....longkang ok..wekk..tapi muka masing-masing senyum je..kitorang memang layan je..tak nak tension2..


 time ni belajar kawad senjata dengan senior..


dan..perkara paling bestt sekali bila dapat gi lawatan ke base..macam ni..smart kan..haha..masa ni dah jadi YO..tu yang posing sampai tak hengat..=)

Ok, masa tauliah (2010) kat USM dulu, baru aku tau betapa susah sebenarnya nak dapat pangkat YO ni. fuuhhh..macam-macam cabaran. sampai dulu ada senior tanya, lepas abis palapes aku nak join tak? Aku kata memang tak lah..cukup la dulu. Kalau boleh aku nak lari jauh-jauh tak nak dengar dah pasal palapes ke hapa ke. Aku nak relax je setiap weekend.

Tapi..tapi..bila abis je blaja kat UPM ni, weekend dah free, aku sampai bole balik Muar tiap-tiap minggu. Sebab dah takde aktiviti. Badan pun dah tak fit. Aku dah la jarang jogging. Kat UPM ni boleh kira dengan jari. Kalau nak banding denagn dulu, dah memang aktiviti wajib. Sampai nak muntah pegi PT...huhuhu

So, aku decide dengan qiah start join training balik setelah lama bersarang kasut sukan and boot ak..hahaha..So start first training (28 & 29/10/2013), aku dan qiah sanggup bangun seawal 5.30 pagi..woo da macam kadet dah..huhu..Sebab we all daripada serdang-shah alam, so terpaksalah awal. Yang best nya, tujuan asal nak turun ni sebab nak pantau cousin aku je, tapi alih-alih terus semangat sebab qiah pun semangat skali...=)

Sampai-sampai je pagi tu, PT manja-manja..hehehe..yela, takkan nak gulung lagi, pastu gi makan..Yang terkezutnya, dah macam reunion YO dah..daripada batch 2009-2013 ada..meriah plak aku tengok kat mess..penuh meja..lagi buat kitorang tak kekok nak join.

So korang layan je pic kat bawah ni ye..

Yo batch 05-uitm shah alam + samarahan. Nampak tak yang tengah tu tak tau dah duduk atas sapa. Punya la penuh kan...


 Pn Liza, YO batch 04, ramai gak admire Pn ni..sebab dia fit gila. dah la budak sport rec...terharu tak Pn..hehe..FYI, dalam palapes ni, sapa lagi senior kita akan panggil 'pn/tn'. So kalau sape tak kawen lagi pun bole 'pn; kalau dalam palapes ni..hehehe


Sesi membasah tekak..sebab dah panas sangat, so kitorang decide layan snogurt dulu..hehehe

Tengok otai tak diorang ni kluar pakai uniform sambil makan snogurt..huhu..relax je kan..sebab dah terbiasa. So layan..

Sesi mendengar ceramah / basuh otak bersama Afiqa. 


Sesi kuliah..biasa kelas kat dalam bangunan..ni kitorang kelas kat hutan..baru la adventure..


 Yang ni plak kelas gak, tapi kelas takde dinding. Angin natural...hehehe...yang ni best skit, ada tempat duduk.


haa...ni kelas memantau daripada YO. pakai pun PT je..takpe, next week kita pakai uniform k..=)

Bagi aku sekarang ni training dah tak teruk macam sebelum-sebelum ni. Yela, zaman berubah, masa berubah, pemikiran berubah. Orang berganti, so kepimpinan berganti. Perubahan banyak dah berlaku, ni semua untuk keselamatan dan kemajuan kadet. Sebab diorang ni full student, so study must come first.

Teringat plak dulu time study, kalau assignment melambak tu biasa, tapi bagi palapes yang weekend start pukul 6 pagi hingga 6 petang (kadang-kadang boleh terlebih lagi), masa untuk study / siapkan kerja makin sikit. So pandai-pandai bahagi masa. Masa ni la nak ukur sejauh mana kita manage masa untuk study, training, jalan-jalan, shopping, balik kampung. Pakej tu. So, kadet-kadet yang masih baru dalam dunia palapes ni, korang sebenarnya patut lebih bersyukur dengan management sekarang. Ia lebih membantu korang dan tak de nak kacau sangat masa study korang.

So moral of story, pergi jauh mana pun kita jangan lupa asal usul kita, respect people, dan be low profile..Ni la yang aku belajar dalam palapes ni. Bila kita makin senior, makin besar tanggungjawab. kene tnujuk contoh terbaik untuk mereka. Kalau kita suh diorang humble, kita perlu humble. Yang penting respect each other termasuk skuad sendiri, sebab nanti bila masing-masing dah kerja, sambung belajar, korang akan miss  a lot that moment together, susah payah bersama, sampai satu point
"korang akan mula menerima kekurangan setiap skuad korang disebabkan susah senang bersama" Believe it...=)
Last but not least,

 Sanggup pinjam baju sebab kene pakai baju No. 4. 
Saya Lt. M Sharifah Nurshafazillah Binti Rosli PSSTUDM 

Next entry Part 2: Training lagi.....






1 comment: