Thursday, October 31, 2013

PART 1 : Pre-Convocation

Assalamualaikum and hai uolls..

Ok, untuk entry kali ni nak share pasal pre-konvo kitorang. Actually memang lama dah nak update blog..tapi..sebab saya buat-buat busy..huhuhu..makanya hasrat tu hanya tinggal angan je la..=p

Rasanya ramai yang dah tau (perasannya) saya baru saja grade pada 26/10 hari sabtu haritu. So, my friend suggest adakan photoshoot after taklimat konvo hari rabu petang. Siap buat group chat lagi untuk jayakan plan ni. Ala-ala pre-wedding gitu. Im so excited. Yela, daripada dulu dok berangan nak jadi model la sangat, suka posing depan cermin sambil perasan sorang-sorang..hahaha..ala, uolls sure pernah gak kan..baik mengaku sekarang..=p

So, as planning, after taklimat dalam pukul 3 lebih kitorang pun start photoshoot. Masing-masing posing tak hengat. Padahal before tu hujan turun mencurah-curah. So, kitorang decide tunggu hujan reda dulu. Alhamdulillah, masa nak pukul 3 tu hujan dah mula berhenti. Dalam hati ni memang tak sabar dah nak posing..hahaha..siap makeup lagi..guna foundation Pat's E-zee beauT...hai..promote nampak..hahaha

Ok, jum layan snap-snap gojes from The Puteh Films, kualiti superb ok..thumbs up..

Depan dewan besar UPM, masing-masing dok mengenyeh..=)

Sesi membaling mortar board..tok sah tanya aku napa scene ni bese kita tengok time orang konvo. 
Maybe sebab excited la kot...???


Me and zati..binik orang dah sekarang. Siap bawak bodyguard lagi okeh..Paklang (husben zati) sanggup teman binik photoshoot..alolo..so sweetnye korang..=)

Posing kat tiang bendera. Bak kata abang cameraman, "Ok, korang pilih ikut negeri masing-masing"
So, bila tengok pic balik...aikkk mana benderanya??...hahaha..apa pun tak bole..=p

Setelah sakan berposing di depan dewan, kitorang pun decide pegi fakulti untuk shoot seterusnya. Masa odw tu, sempat lagi aku touch up..huhuhu..

Amboi, siap effect bagai..."Yeahh, kejayaan milik kami!!" kata kami dalam hati..huhu

The funny face..izati..i like ur style bebeh..Sila abaikan guys yang kat belakang tu...hahaha..

Yang ni scene buat-buat gelak. Actually takda apa yang lawak, tapi sebab sume dah awkward. Kitorang gelak takde sebab...hehehe..susah jugak nak pura-pura gelak ni..=)

This is what we call "kerusi kuning". 
Tempat discuss time study group, tempat tunggu sebelum exam or test, tempat menyembang lebat, bergosip, mengarut, makan-makan..macam-macam lagi..sini lah tempat sejarah tu..

And the last part, kitorang decide shoot kat pokok sebatang. Haa...tempat apa tu?? Ok, uolls tau tak scene dalam cerita Lagenda Budak Setan kat atas bukit, and ada satu je pokok..cantik tempat tu..

Sumber dari google..terima kasih incik google..=)

Dulu time aku tengok cerita LBS ni, aku kagum gila dengan pokok sebatang tu. Sebab cantik. Tak sangka plak pokok tu kat UPM. Subhanallah, kecik betol dunia ni..Siapa yang tak pernah pergi harus pegi ok..harus, bukan wajib..sebabnya.......korang kene panjat bukit dulu sebelum sampai ke area pokok ni...hikhikhik

Before panjat bukit, posing dulu dengan lembu-lembu peliharaan kitorang...nampak bohong kan..huhu

Nampak tak..haaaa...kene redah onak dan belukar..huhu..

Sampai je kat atas tu..masing-masing amik nafas..huhuhu..cungap gak la..=p
Then, posing macam otomen...ok, kak mas je buat gaya lain..=)

Ni la namanya pokok sebatang..Actually ada lagi dua tiga batang kat sebelah, tapi scene kat sini yang paling gojes..=)

Finally, campak topi..yeahh..tanda habis shooting..

Masing-masing kepenatan masa turun bukit time nak balik. Rupanya penat gak nak jadi model posing sana sini. Tengok macam cantik je kan..padahal berapa kali snap. Sampai peluh-peluh. Dalam hati aku kan "susah jugak nak jadi artis ke model ke, dok posing sampai ke malam" huhuhu..terus melupakan hasrat nak apply jadi freelance model..hahaha..metafora sangat..=p

Last but not least, million thanks to all my friends yang menjayakan sesi pre-konvo ni. Susah payah plan sampai jadi, even hujan sekejap, tolerate bila kitorang lambat sikit. Jauh dari hati, semoga ukhwah ini berterusan insyaallah..amin..

After convocation, masing-masing kembali sibuk dengan tugas dan tanggungjawab, Kak Mas, Izati, Diana, Abang Din, Hairi, Akmal and Zam. Yang kerja, masuk kerja balik selepas cuti belajar, yang sambung phd, teruskan dengan cita-cita korang.

Miss the moment when we are together.. a lot..laugh, tension, pressure, sharing opinion, foods..everything..

Terima kasih menjadi sahabat saya sepanjang study di UPM

Alhamdulillah, syukur..=)

Next entry, preparation untuk konvokesyen dah macam prepare nak nikah...huhuhu..













Tuesday, October 8, 2013

Tudung NUR

Assalamualaikum kawan-kawan dan sahabat semua..hihi

Cehhh entry kali ni kene la bersopan santun amalan mulia sikit..sebab nya nak share pasal tudung labuh ni.. Ingat lagi, masa mula-mula my sis promote ni, saya just beli je..sebab tengah jadi utajah time tu..hehehe..So memang semangat nak kumpul koleksi tudung labuh..sampai pinjam mak punye...huhu...utajah punya pasal..layan..=)

So bila ada rezeki akhir bulan 1 aritu, kebetulan saya baru habis final exam untuk sem 3, my parent and I decided to go for Umrah. Bayangkan lah, balik je daripada final exam, saya hanya ada masa seminggu nak cari balik koleksi tudung labuh untuk dibawa ke Tanah Suci. Yela, korang pun tahu kan kat sana bukan boleh pakai yang macam kita slalu pakai kat Malaysia. Kalau bole, plain, labuh dan bukan yang bright color.

Tetiba, terjumpa tudung ini...haa...Tudung NUR. Labuh, selesa, dan kemas je bila pakai. Matching plak tu dengan jubah yang saya nak pakai masa bertolak nanti..hihihi

Ni antara koleksi yang Tudung Nur yang saya guna semasa berangkat ke Tanah Suci. 

Yang bestnya pasal Tudung NUR ni, ianya custom made. So korang boleh order ikut citarasa dan size yang korang inginkan. Macam saya kecik sikit, so saya pilih size kecik sikit. Tapi masih labuh dan menutup aurat bila saya pakai..Korang boleh mintak tambah awning ke, awning nak color lain ke, jahit tengah ke, ikut keselesaan korang. Yang penting ikut syariat, iaitu, tak jarang, tak ketat, labuh menutupi dada, dan tidak berlebih-lebihan.

Berpeganglah pada ayat Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam! Sesunggguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmudan pakaian perhiasan; dan Pakaian Taqwa itulah yang terbaik. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan RahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)"
Surah Al-A'raaf: ayat 26

Subhanallah indahkan Islam tu. So apa lagi, sila la scroll ke bawah untuk lihat apa koleksi yang ditawarkan.

Tudung Nur dan Ukuran

  • Ok, firstly, pilih material apa yang korang nak beli. Ada yang plain, color, tone, macam-macam lagi. 
  • Then, tengok pada size tudung dalam kotak kat bawah ni. (macam pic atas, saya ambil size 48)
  • Pastu kalau korang nak tambah awning, mention apa yang korang nak. Yang bestnya, awning ni jenis boleh dibentuk, Means bukan awning keras yang tak boleh masuk mesin..Tudung Nur ini masuk mesin tak jadi masalah, sebab ia memang mesra cucian mesin..kan dah senang keje korang. tak payah nak pikir basuh tangan ke hapa..=)


Siap ada tutorial nak pakai camne lagi..pakej ok. Nak silang macam saya bole, nak jahit terus bole, nak belit pun bole...=)

Tudung Helwa

Tudung ni kain dia jenis peach chiffon. So memang tahan lasak dan boleh dicuci dengan mesin basuh.
Yang cantiknya sebab dia ada dua tone. Macam tudung kat pasaran sekarang bertone-tone. Bezanya kualiti Tudung Nur ni Insyaallah dijamin..=)


Tudung Jauhari

Haaaaa...kemain haa lgi..yang ni kan tengah in sekarang. ala, corak yang dalam lain, luar lain, tapi bole pakai dua-dua belah..
Dah jimat, tak payah beli banyak-banyak pattern...hehehe


Tudung Kasturi



Tudung kasturi ni adalah kombinasi dua color. Means, bole di pakai dua-dua belah..ni pun antara yang in sekarang. Haruslah beli kan..hehe. Bagi yang suka pastel color, korang boleh pilih kombinasi dusty pink and peace. Elemen dua warna ni lah sebenarnya yang buat tudung ni special daripada tudung lain..hehe..Saya suka...=) Dan yang paling penting tak jarang ok.

So bila dah tengok tudung-tudung ni tak sah kan kalau takde tutorial. Even tudung labuh pun, jangan tak caya ok ada tutorial..Percayalah...hehe. Bukan setakat hana tajima je yang boleh buat tutorial, Tudung Nur pun bole..hehe..yang penting niat untuk berdakwah dan mengajak orang menjadi yang lebih baik..ye dak..=)

Tutorial Tudung Nur

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana cara nak pakai tudung Nur ni..nahh. Saya attach skali 3 tutorial. Model dalam video ini dikaburkan bagi menjaga keperibadian beliau..wahh..I respect ok. hehe..so lets check it out.
  • Gaya labuh (1) Tudung Nur

  • Gaya labuh (2) Tudung Nur

  • Gaya labuh (3) Tudung Nur

Mudah dan senang kan..korang boleh try mana-mana tutorial yang korang selesa. Macam saya, saya suka yang style ke tiga, even belit-belit tapi still labuh dan menutup dada. Inilah yang kita perlu tekankan. Tak salah nak bergaya, tapi biarlah mengikut panduan yang telah ditetapkan syariat...=)

PROMOTION untuk Aidiladha!!!

Bermula sekarang sehingga 31 oktober 2013 ini, setiap pembelian mana-mana Tudung Nur (Tudung Helwa, Tudung Jauhari dan Tudung Kasturi) akan diberikan hadiah istimewa. Jeng..jeng..jeng..Dan lagi, bagi yang membuat tempahan untuk  5 pasang  atau lebih Tudung Nur daripada mana-mana pattern akan diberi percuma delivery. So apa tunggu lagi. Saya dah beli, anda bila lagi..hehehe..

Boleh dijadikan hadiah untuk ibu/isteri tercinta di hari raya..mesti dorang terharu..=)

So untuk order, boleh contact:
Sharifah Nurshaidah Rosli
call/msg/whatsapp: 011-19424974
atau pm kat fb Sharifah Nurshaidah Rosli


Monday, October 7, 2013

Part 2: Training Lagi....

Assalamualaikum..

Untuk part 2 ni, aku nak share moment masa traing second week. Masa first week sepanjang masa pakai baju sukan. So masuk second week ini, aku dan qiah decide nak pakai uniform. Kebetulan memang ada majlis pembukaan latihan. So kene proper la kan..Lama dah tak pakai uniform. Ntah muat tak...hehehe..Yela, dulu time kadet kemain kurus macam lidi..huhu..hyperbola sangat..=p

So kitorang pun start contact skuad2 yang ada baju lebih. Dan sangat-sangat terharu sebab ada yang sudi membantu...cewahh....macam tabung kebajikan plak..Bukan apa, uniform ni nak pakai kene lengkap, kang baju ada, kasut plak takde, bila kasut ada, size tak sama la, appulet takdela..hmm macam-macam. Dah nama baju pinjam, kene la usaha cari gak.

And rezeki kitorang nak dapat pakai uniform balik after 2 years, Ojan, skuad samarahan pinjamkan baju pada qiah, dia tolong carikan kasut, pegi pinjam daripada skuad dia..fuhh...haruslah touching..and me??..aku call balik YO baru yang pernah contact aku aritu. Atiqa. Alhamdulillah muat and lengkap. So untuk second week tu semua pakai no. 4..tadaa

Baru nak pakai spec, cameraman ni cepat je snap..ok, whatever la, creadit to qiah..dia memang suka candidkan gambar I..menci taw =)


Masa ni kat markas, bantu apa perlu..sebab tak suka duk diam...


candid lagi..hmmm


sesi susun file cadet and YO...padahal dah siap..saja je kan nak gak ambil gambau..huhu


meeting YO..aku, qiah and wani..


Time meeting sempat lagi..ojan yang nak ambil, aku pose je..hahaha


Time zohor, lepak kat Pusat Islam..solat tu tiang agama. busy mana solat jangan ditinggal kan..hehe..utajah..=)


kemain beronok-ronok qiah and teha...lama tak jumpa kan..teha ni sekarang study kat uitm kuala pilah. Sanggup tu turun shah alam untuk join training..wa salute lu la teha..=p

Time sukan, tukar baju PT plak..hehe


masing-masing sibuk mengemas..dah sudah makan, boleh balik..


Sempat lagi afiqa snap. tetiba terperasan pic sendiri. Masa ni kene interview dengan YO atasan. Lama tak jumpa, so diorang bertanya kaba la..

Di satu sudut lain...dua orang YO ni Qiah and Ojan sibuk memberi ceramah kepada in charge setiap batch. Terbaiklah korang.. 

stylo betol aku tengok diorang ni..tapi memang macamnila, mana boleh tegur, tegur..nasihat ke, bagi cadangan ke..baru la ada improvement..


Di sudut lagi satu, bawah pondok plak tu, elok je kitorang lepak. Yela, training aritu dah melabuhkan tirai, So tengah tunggu pkul 7pm untuk chow..bye2 skuad..=)

Dan berakhirlah training aritu..kitorang pun balik ke rumah masing-masing. Aku odw balik borak-borak panjang ngan qiah pasal training. Kira buat conclusion sebelum sampai rumah...haha..padahal satu bilik. bukan tak boleh borak. Tapi kalau dah sampai bilik, sure penat and tido terus..zzz...

Moral of story, sepanjang minggu kedua ni, kitorang belajar apa itu intergriti dan punctual. Ok, dulu time kadet masa sangat penting, dan kalau in charge suh kumpul pkul 6.30 pagi, 6.15 da pacak ok!!. Ni baru punctual. Masa ni la apa yang kita pikir impossible sebelum ini, jadi possible bila korang join palapes. Contoh, biasa kita bersiap pegi kelas, touch up sikit ada la 1/2 jam. Tapi bila dah join benda2 ni, masa tu korang boleh cut jadi 5 minit je..haaa....magic kan..sebab kita dah set mind kita tak boleh, so tak boleh la jawabnya. Padahal kalau kita lajukan pergerakan, masa tu yang kejar kita sebenarnya. 

Bila jadi Yo ni, kurang la sikit tergesa-gesa, tapi ini bukan alasan untuk lewat. So, masa meeting aritu la, banyak teguran daripada YO atasan untuk kita lebih punctual dan berintegriti. Nama pun dah Pegawai Muda..tak gitu..Ok, mari kita berubah untuk jadi yang lebih baik..=)






Part 1: My first day training

Assalamualaikum uolls.....=)

Last entry dah duk pung pang cite pasal beauty product, so this entry nak lebih santai. Nak cite my first day training Palapes @ Airforce after 2 years tak join. Sebabnya lepas gradute daripada Uitm Shah Alam dulu (2010), saya sambung ke UPM (2011-2013). Dan masa-masa weekend telah diisi dengan kuliah dan assignment. Kadang-kadang, jeles gak tengok kawan-kawan boleh hangout, pegi kenduri kawen, yang aku duk pulun gi klas ngaji. eh tak..study..hehehe..kadang-kadang tu lepas gak la keluar berjimba..oppss...Tu la namanya pengorbanan.

Kalau ikutkan sepanjang 3 tahun kat Uitm dulu, every weekend memang ada training. Ni kalau dah start cerita pasal palapes boleh jadi besok baru habis...huhuhu..Ok, dulu time kadet, bila jumpa je hari jumaat, orang lain duk happy sebab besok tu kan CUTI. Bole dah plan nak gi mana-mana kan. Tapi aku kalau part dah nak masuk je jumaat, otak ak dah diset. OHH NOOOO...sok training, means, aku kene BANGUN pukul 5 pagi dan siap-siap untuk PT (physical training), pastu kawad, kelas..PT lagi, kawad lagi, gulung lagi..hahaha..asal aku nak gelakkan?? tadi bunyi macam stress je..takde motip le tu..=p

PT pagi dah tamat..cooling down dah. Yang sorang duk peace macam comel tu Naqiah, batch aku. Time ni kitorang dah YO (young officer). Saja datang melawat kadet baru..=)

Dan hari-hari minggu begini lah hidup bila dah start join palapes ni. Bila abis exam setiap tahun kene plak join Annnual Camp. Yang ni kira combine dengan universiti lain yang ada airforce. contoh, UUM, USM, UMS. Bila part masuk hutan..yang tak akan aku lupa sampai bila-bila adalah terkene infection kat kaki sampai bengkak wo..tak boleh jalan. Tu la antara pengalaman tak boleh lupa. Tak masuk cite lagi tak mandi, kene rendam, gulung...eh gulung lagi?? huhu..Dan macam-macam la wa cakap sama lu. Tapi ni la pengalaman yang tak boleh jual beli. Sampai kalau kawan-kawan tengok aku sekarang tak caya. hahaha...badan den kocik memang la..bak kata senior aku dulu ada 7 keajaiban kat dunia ni. Tapi ada yang ke 8. aku tanya apa? Dia jawab ko la, badan kecik bawak beg besar...tu bukan beg sek ye beg pack berisi pasir. perghh sakit bahu tak payah cakap..kalau nak gi kelas sok nye, aku pegang kat tangan je beg tu...huhuhu..kental tak..=)

 ha..yang ni kat hutan..tak banyak la pic kat hutan...sob..sob..


yang ni macam biasala..kene denda..itu da jadi lumrah..rasa-rasa korang tu apa..eee....longkang ok..wekk..tapi muka masing-masing senyum je..kitorang memang layan je..tak nak tension2..


 time ni belajar kawad senjata dengan senior..


dan..perkara paling bestt sekali bila dapat gi lawatan ke base..macam ni..smart kan..haha..masa ni dah jadi YO..tu yang posing sampai tak hengat..=)

Ok, masa tauliah (2010) kat USM dulu, baru aku tau betapa susah sebenarnya nak dapat pangkat YO ni. fuuhhh..macam-macam cabaran. sampai dulu ada senior tanya, lepas abis palapes aku nak join tak? Aku kata memang tak lah..cukup la dulu. Kalau boleh aku nak lari jauh-jauh tak nak dengar dah pasal palapes ke hapa ke. Aku nak relax je setiap weekend.

Tapi..tapi..bila abis je blaja kat UPM ni, weekend dah free, aku sampai bole balik Muar tiap-tiap minggu. Sebab dah takde aktiviti. Badan pun dah tak fit. Aku dah la jarang jogging. Kat UPM ni boleh kira dengan jari. Kalau nak banding denagn dulu, dah memang aktiviti wajib. Sampai nak muntah pegi PT...huhuhu

So, aku decide dengan qiah start join training balik setelah lama bersarang kasut sukan and boot ak..hahaha..So start first training (28 & 29/10/2013), aku dan qiah sanggup bangun seawal 5.30 pagi..woo da macam kadet dah..huhu..Sebab we all daripada serdang-shah alam, so terpaksalah awal. Yang best nya, tujuan asal nak turun ni sebab nak pantau cousin aku je, tapi alih-alih terus semangat sebab qiah pun semangat skali...=)

Sampai-sampai je pagi tu, PT manja-manja..hehehe..yela, takkan nak gulung lagi, pastu gi makan..Yang terkezutnya, dah macam reunion YO dah..daripada batch 2009-2013 ada..meriah plak aku tengok kat mess..penuh meja..lagi buat kitorang tak kekok nak join.

So korang layan je pic kat bawah ni ye..

Yo batch 05-uitm shah alam + samarahan. Nampak tak yang tengah tu tak tau dah duduk atas sapa. Punya la penuh kan...


 Pn Liza, YO batch 04, ramai gak admire Pn ni..sebab dia fit gila. dah la budak sport rec...terharu tak Pn..hehe..FYI, dalam palapes ni, sapa lagi senior kita akan panggil 'pn/tn'. So kalau sape tak kawen lagi pun bole 'pn; kalau dalam palapes ni..hehehe


Sesi membasah tekak..sebab dah panas sangat, so kitorang decide layan snogurt dulu..hehehe

Tengok otai tak diorang ni kluar pakai uniform sambil makan snogurt..huhu..relax je kan..sebab dah terbiasa. So layan..

Sesi mendengar ceramah / basuh otak bersama Afiqa. 


Sesi kuliah..biasa kelas kat dalam bangunan..ni kitorang kelas kat hutan..baru la adventure..


 Yang ni plak kelas gak, tapi kelas takde dinding. Angin natural...hehehe...yang ni best skit, ada tempat duduk.


haa...ni kelas memantau daripada YO. pakai pun PT je..takpe, next week kita pakai uniform k..=)

Bagi aku sekarang ni training dah tak teruk macam sebelum-sebelum ni. Yela, zaman berubah, masa berubah, pemikiran berubah. Orang berganti, so kepimpinan berganti. Perubahan banyak dah berlaku, ni semua untuk keselamatan dan kemajuan kadet. Sebab diorang ni full student, so study must come first.

Teringat plak dulu time study, kalau assignment melambak tu biasa, tapi bagi palapes yang weekend start pukul 6 pagi hingga 6 petang (kadang-kadang boleh terlebih lagi), masa untuk study / siapkan kerja makin sikit. So pandai-pandai bahagi masa. Masa ni la nak ukur sejauh mana kita manage masa untuk study, training, jalan-jalan, shopping, balik kampung. Pakej tu. So, kadet-kadet yang masih baru dalam dunia palapes ni, korang sebenarnya patut lebih bersyukur dengan management sekarang. Ia lebih membantu korang dan tak de nak kacau sangat masa study korang.

So moral of story, pergi jauh mana pun kita jangan lupa asal usul kita, respect people, dan be low profile..Ni la yang aku belajar dalam palapes ni. Bila kita makin senior, makin besar tanggungjawab. kene tnujuk contoh terbaik untuk mereka. Kalau kita suh diorang humble, kita perlu humble. Yang penting respect each other termasuk skuad sendiri, sebab nanti bila masing-masing dah kerja, sambung belajar, korang akan miss  a lot that moment together, susah payah bersama, sampai satu point
"korang akan mula menerima kekurangan setiap skuad korang disebabkan susah senang bersama" Believe it...=)
Last but not least,

 Sanggup pinjam baju sebab kene pakai baju No. 4. 
Saya Lt. M Sharifah Nurshafazillah Binti Rosli PSSTUDM 

Next entry Part 2: Training lagi.....






Pat's E-Zee BeauT product

Assalamualaikum semua...
Lama tak update blog, so this is my new entry for this month...wahhhhh..over skit..huhuhu..ingat bole lah nak update blog last week, tapi hari-hari cuti saya telah dipenuhi oleh aktiviti yang lama saya tinggal..Biasalah kalau nak tunggu exercise sendiri, memang kuak lentang atas katil la jawabnye..So saya decide untuk aktif palapes semula. Bak kata pepatah, bila badan sihat otak pun cergas..atau dalam b.arab al-ak'lu salim fi jismi salim..cehh speaking arab plak tetibe kan uolls...ok, next entry saya akan cerita pasal first day training.

Pejam celik pejam celik, cepat je kan masa berlalu..dah msuk bulan oktober. Kalau ikutkan hampir 7 bulan saya guna produk Pat's E-Zee BeauT. Sampai turun training pun saya sempat lagi promote. Yela, bisness, kat mana-mana pun bole..hehe. Di sebabkan ramai bertanya, so saya update mengenai produk ni.

Produk Pat's E-Zee Beau'T

1. Orange Whitening soap.

Ramuannya terdiri daripada pati buah oren dan kelapa sawit. Fungsinya adalah membersih, menyerikan wajah yang kusam dan mengeringkan jerawat. Selain itu, ia sangat lembut pada kulit dan sesuai digunakan oleh bagi yang masalah kulit berjerawat dan jeragat.

2. Trial set (UV Day cream -small, Night Treatment cream - small, and orange soap)


Yang best nye, kesan jerawat dan hitam kat dahi saya hilang tanpa saya sedari..wink..wink..=)

Untuk trial set ni, ada UV day cream (small) dan Night Treatment cream (small). Cara nak guna senang saja. Pejam mata je dah siap..hehe..kalau pejam mata macam mana nak nampak kan..la ye tak ye gak..ok..=p

Ok, firstly, after uolls basuh muka dengan orange soap, just calit sedikit UV day cream ni ke muka, then sapu dengan lembut supaya lebih sekata. Yang bestnye guna krim ni, ianya x melekit dan cepat menyerap pada wajah..wah...sangat jimat. Krim siang ni uolls pakai untuk elakkan pancaran UVA/UVB. So saya suggestkan pakai krim ni before keluar rumah dan after uolls cuci muka untuk solat. Bila malam, selepas basuh muka, sapukan sedikit night treatment cream ke muka..tada...senang kan..semudah ABC..sedap plak..hehehe. Untuk krim malam, kalau uolls malas, pakai 3-4 kali seminggu dah cukup..wah...jimat lagi..Apa yang penting, kene displin..Hasilnya akan lebih puas hati..ok, you can do it...jum try daripada sekarang..=)

3. Super Cover Foundation spf 30

First time tengok color BB cream ni..aikkk?? macam gelap je..tapi kan..bila apply kat muka...wahh..asal tak gelap..rupanya natural color la uolls..hehehe..=)



BB cream ni water proof dan boleh tahan sehingga 8 jam sehari. So, ianya sangat sesuai bagi yang aktif dan sentiasa berkejar ke sana ke mari . Dengan adanya BB krim ni, tak perlu lagi nak touch up sentiasa. Sebab bila peluh tak effect langsung. Sebab tu la masa gi training aritu, saya guna BB krim ni. Yela, kalau dah terdedah pada matahari dan berpeluh-peluh sampai berjam-jam, mana la sempat nak touch up. BB ni juga dapat menutup cela pada wajah dan menjadikan wajah lebih berseri dan blink2..suka tak..=)

4. Moisturizer spf 15

Bagi moisturizer plak, ia adalah untuk kegunaan setiap hari. So, uolls boleh guna sebelum pakai Super Cover Foundation atau bedak. Ia akan mengekalkan kelembapan pada wajah dan juga bertindak sebagai penyelamat sekiranya muka terasa pedih atau panas di sebabkan tersalah penggunaan produk. So, uolls tak perlu lagi runsing tentang kulit kering ke, pedih ke, sakit ke..Moisturizer ni bole membantu anda...Ok, bole dah senyum sekarang..=)

Moisturizer - small (RM 25)

5. Scrub Rice Milk

Scrub Rice Milk - small (RM 19)
                       - big (RM 29)

Scrub ini berasakan beras. Bagi yang kerap terdedah dengan pelbagai aktiviti luar, scrub ini sangat sesuai digunakan. Ia dapat menanggalkan sel-sel kulit mati, parut jerawat dan jerawat halus. Bila uolls dah guna scrub ni tak perlu lagi cuci muka dengan orange soap. Dah jimat kan..Scrub ni bila pakai akan terasa segar dan baunya macam wangi pandan..bestt sangat. Harus cuba ok..=)

Antara lain yang uolls perlu TAHU...

Produk Pat's E-Zee Beau'T ini bebas alkohol, bahan kimia dan hydroquinone. Menurut artikel Suci dan Selamat, apabila sesuatu produk mengandungi alkohol, bahan daripada haiwan, dan bahan kimia berbahaya seperiti hydroquinone, ia seharusnya Haram kerana boleh memudaratkan pengguna. Perkara ini lah yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan produk.

Selain itu, produk Pat's E-Zee Beau'T ini juga 100% bebas daripada campuran lilin. Tapi, apa kaitan lilin dengan produk kecantikan?? Camni, sekiranya sesuatu produk kecantikan tu mengandungi lilin atau bersifat lilin, maka ia tidak akan menyerap ke dalam tubuh. Means, tak de function kalau guna krim ke lotion ke. Bila kene matahari, terus cair. Dah rugi kan..

And the most important thing is produk ni tidak membuat ujian ke atas haiwan. As an environmental student katanya, perkara ni sangat-sangat saya concern dan tak setuju. Sebab ia melibatkan penganiaan haiwan bagi tujuan klinikal. Cuba uolls imagine..

kesian monyet ni..tak bersalah pun..=(

See EU (European Union) pun dah BAN animal testing FOREVER. Kita bila lagi??


So, saya suggest uolls should try this product. Siapa lagi nak sokong Produk Malaysia kalau bukan kita..Yang penting lulus ujian Kementerian Kesihatan Malaysia, dijamin selamat dan Halal.

Untuk sebarang pertanyaan / order, bole la ctc saya:-
013-2889609 (whatsapp/msg/call)
email: qistina_nuur@yahoo.com
email pun saya update sentiasa dont worry ok..=)


----Next Entry: my first training, Tudung labuh NUR